Saksikanlah

Laman Blog Pss Smkkj Slideshow: Perpustakaan’s trip to Kampung Jambu (near Taiping), Perak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Taiping slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Profil Sekolah



 EKSLUSIF BERSAMA PENGETUA
Puan Aminah Hatun binti Wabullah telah dilahirkan di Taiping dan beliau merupakan anak ke-7 dalam sepuluh orang adik beradik yang terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan. Setelah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taiping dari tahun 1964 hingga 1969, beliau telah melanjutkan pelajaran di SMK Dr. Burharuddin, Taiping dari tahun 1970 sehingga 1974. Beliau juga telah memasuki Tingkatan enam di Sekolah Menengah Raja Chulan, Ipoh.

Setelah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran, beliau telah melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengajian melayu. Pada tahun 1980, beliau telah Berjaya memperolehi B.A.Hons. Beliau menyumbang pelajarannya pada tahun berikutnya unutk mendapat diploma pendidikan dengan penkhususan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Beliau memulakan tugasnya sebagai seorang pendidik mulai 20 JANUARI 1981 di SMK Bagan, Serai dan kemudian bertukar ke SMK(P) Treacher Methodist Girls School Taiping pada DISEMBER 1991. Beliau kemudiannya telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Bahasa pada DISEMBER 1993 dan pada APRIL 2003 beliau telah maju setapak lagi sebagai Guru Siswazah gred DG48 dan menjadi Penolog Kanan Ehwal Murid di sekolah tersebut. Beliau kemudiannya telah di latih sebagai Penolog Kanan Pentadbiran di SMK Simpang dan tidak lama kemudian, beliau telah dinaikkan pangkat lagi sebagai Pengetua SMK Kampun Jambu mulai 1 MAC 2008 sehingga hari ini.

Beliau telah mendirikan rumahtangga pada 1 DISEMBER 1984 dan dikurniakan tiga cahay mata iaitu seorang anak perempuan dan dua orang lelaki suaminya merupakan seorang ahli perniaga.

Harapan beliau kepada SMK Kampung Jambu ialah agar sekolah ini akan terus maju dalam usaha menyahut cabaran untuk ‘BERUBAH’ dalam segala aspek dan semoga perananya sebagai sebuah institusi pelajaran nasional akan diiktraf oleh semua pihak. Beliau jugak berharap agar semua warga SMKKJ akan berusaha dan bertaqwa supaya boleh mencapai kejayaan yang cemerlang.

Beliau telah menyarankan agar kita merenung-renungkan kata-kata ini, “Kehidupan tidak pernah menjanjikan sesuatu yang semua PASTI dan TETAP. Kehidupan adalah ‘MISTERI’ yang perlu dirungkai. Bersedialah dengan setiap cabran dan dugaan dalam merungkai ‘Misteri Kehidupan’.

SEJARAH SMK Kampung Jambu.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jambu Taiping telah mula beroperasi pada Januari 2001. Pada mulanya sekolah ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu, Taiping kerana bangunan barunya belum siap. Bilangan pelajar yang mendaftar berjumlah 217 orang di mana semuanya terdiri daripada pelajar tingkatan satu. Pelajar-pelajar ini datingnya daripada sekolah-sekolah berhampiran seperti SRK KE VII, SKT, SK Seri Aman, SK Sultan Yusof dan pelajar-pelajar peralihan daripada SMK Darul Ridwan dan SMK Sri Kota. Pelajar-pelajar ini diagihkan kepada 7 buah kelas iaitu 1 Angsana, 1 Beringin, 1 Cengal, 1 Dama, 1 jati, 1 Kemuning, 1 Meranti dan 1 Tempinis. Seramai 17 orang gutu 6 orang staf sokongan telah bertugas pada peringkat awal penubuhan sekolah ini. Pada Jun 2001, sekolah ini telah mula beroperasi di bangunannya sendiri di Jalan Convert, Taiping. Pengetua pertama ilah Tn. Haji Abudllah Bin Haji Hashim.

Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan yang terdiri daripada dua blok bangunan kelas dan pentadbiran yang terdiri daripada 24 buah kelas, pejabat, bilik guru, bilik gerakan, dewan, pusat sumber, bilik muzik, koperasi, surau, bilik Geografi dan bilik Sejarah. Satu blok bangunan makmal yang terdiri daripada 3 makmal sains teras, 3 makmal sains tulen, satu makmal kejuruteraan dan satu makmal computer. Satu blok bangunan Teknik dan Vokasional yang terdiri daripada 3 makmal kemahiran hidup, 2 makmal ekonomi rumah tangga, bilik seni dan makmal lukisan kejuruteraan.

Staf-staf sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum dan mempunyai kepakaran di dalam bidang masing-masing. Dengan kepakaran yang sedia ada serta kreativiti dan komitmen terhadap kerja, perancangan yang jitu dan strategik serta kerjasama dan semua pihak. Maka diharapkan sekolah dapat dimajukan menjadi SEKOLAH CEMERLANG di dalam beberapa tahun lagi, sekiranya seluruh pihak dapat memainkan peranan yang diberikan.

LOGO DAN BENDERA

LECANA/LOGO





BULAT
Melambangkan kesepaduan dan kesepakatan warga sekolah
melaksanakan semua program bagi menjayakan matlamat serta visi dan misi sekolah.

WARNA
Melambangkan kesepaduan dan kesepkatan warga sekolah melaksanakan semua program bagi menjayakan matlamat serta visi dan misi sekolah.


BULAN BINTANG
Melambangkan jati diri pelajar sebagai rakyat Malaysia.

BENDERA PERAK
Kedudukan sekolah di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.
BUNGA PADI
Warna kuning keemasan melambangkan kecermelangan dan kedaulatan.
GEAR TEKNOLOGI
Melahirkan pelajar yang mahir dalam teknologi.
BUKU
Melahirkan pelajar yang cermelang dalam bidang akademik.
POKOK PUKUL LIMA
Indentiti Bandar Taiping dan kedudukan sekolah di dalam Bandar Taiping serta menghargai keindahan alam sekitar dan berusaha mengekalkannya.
GELANG SUKAN
Kegemilangan sekolah dalam bidang sukan.




VISI 
Menjadi sebuah institusi yang melahirkan individu penyayang, bijak, berakhlak mulia dan HEBAT selaras dengan asperiasi PIPP.



MISI 
Berusaha ke Arah:
  • Membina budaya sekolah yang ceria, positif dan dinamik kea rah melahirkan insane HEBAT
  • Membina insane yang mencibtai ilmu pengetahuan, mahir dan kental.
  • Merealisasikan inpirasi ke arah mendidik insane cemerlang, penyayang, berakhlak mulia dan menghargai diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
  • Menjadi teras memupuk semangat jati diri masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.


MATLAMAT 
pencapaian akademik yang cemerlang. Kejayaan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan. Plejar-pelajar yang berdisiplin dan berakhlak tinggi.

FALSAFAH 
Bahawasanya sekolah ini bercita-cita member pendidikan berkualiti yang berterusan untuk mengoptimumkan potensi individu agar mencapai kesejahteraan diri serta berupaya memebri sumbangan kepada masyarakat, negara dan agama bertunjangkan budaya sekolah yang ceria dan positif, pengurusan dan budaya kerja cemerlang.

MOTO 
HEBAT ke arah kecemerlangan
H- Hanya yang terbaik
E – Elak sikap negatif
B- Berbudi Bahasa dan Penyayang
A- Aktif dan Dinamik
T- Takut pada Tuhan, Taat dan Terbilang.



DOA RASMI
Ya Allah, Ya Rahman YA Rahim,
Kami berhimpun di pagi ini
Bagi menyatakan rasa kesyukuran kami kepadamu,
Kerana diberi peluang untuk terus hidup,
Bagi mengejar dan memperjuangkan cita-cita kami,
Untuk berbakti kepada bangsa dan Negara.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau jadikan hari ini,
Lebih baik dari hari semalam. Dan Engkau
Jadikanlah setiap pekerjaan kami pada hari ini
Lebih sempurna daripada hari semalam.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Kami berazam dan berjanji.
Akan mekasanakan tugas dan tanggungjawab.
Dengan tekun, rajin dan penuh keyakinan.

Ya Allah, Ya Rabbal-Alamin,
Kami menadah tangan kepadamu,
Ampunilah dosa kami
Yang terdahulu dan yang terkemudian
Dan berikanlah kamu petunjuk dan hidayahMU.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Lidungilah kami daripada lemah dan malas
Dari sifat alfa dan putus asa
Kedekut dan bakhil
Dan dari segi sifat keji yang
Engkau tidak redhai

Satukalah hati kami
Kukuhlah perpaduan kami
Tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kami
Bersihkanlah hati kami
Dan permudahkanlah segala urusan kami.