Saksikanlah

Laman Blog Pss Smkkj Slideshow: Perpustakaan’s trip to Kampung Jambu (near Taiping), Perak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Taiping slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Monday 25 April 2011

          
          Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, kami dapat menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Suzana binti Hisham,Guru Pusat Sumber SMKKJ. Beliau juga banyak membimbing kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan pelajar khususnya untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus."

---------------------------------------------------------------------------------------------
"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa, tetapi kerana kesempurnaan budi dan adab."


"Wahai anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan jikalau kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu."


" Sesungguhnya, ilmu itu luas bak lautan yang tidak bertepi seperti yang diungkapan dalam serakap syair,"
Ilmu alat yang sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana
Tepinya ajal sepadannya fana.


"Tuntutlah ilmu kerana ilmu menjaga kamu, kamu menjaga harta. Ilmu apabila diperdagangkan bertambah, harta apabila diperdagangkan berkurang."


"Jadilah kehidupan kamu di dunia ini sebagai ilmuwan, atau menuntut ilmu, atau mendengari ilmu, atau berkasih sayang dengan golongan yang berilmu. Sekiranya suatu pun tiada kepada kamu daripada yang tersebut, alamatnya punah-ranahlah kamu."

---------------------------------------------------------------------------------------------