Saksikanlah

Laman Blog Pss Smkkj Slideshow: Perpustakaan’s trip to Kampung Jambu (near Taiping), Perak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Taiping slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Profil Pusat Sumber

PENGENALAN PUSAT SUMBER

Latar Belakang:

          Pusat sumber (PS) Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jambu mulai dibuka dengan rasminya untuk kegunaan warga sekolah pada 1 April 2001. Pusat sumber SMKKJ terletak di tingkat 3 blok B. Ia mempunyai dua bilik Pusat Sumber dan bilik tayangan. Bilik Pusat Sumber terbahagi kepada beberapa sudut yang terdiri dari sudut bacaan umum, ruang rujukan (red spot), sudut santai, sudut pameran, sudut nilam dan sudut kaunter pinjaman dan pulangan buku. Penyelaras PS SMKKJ ialah Puan Suzana binti Hisham dengan dibantu oleh seorang pembantu PSS iaitu Paun Siti Sarah binti Mustaffa.


          Pusat Sumber ini dibuka untuk kegunaan para pelajar pada setiap waktu rehat, selepas tamat waktu persekolahan iaitu bermula jam 2:00 petang sehingga 3:00 petang serta hari-hari cuti panggal perssekolahan. Bagi menggalakan penggunaan Pusat Sumber di kalangan para pelajar, pihak pengurusan PSS telah  mengadakan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan kiuz bahasa dan jawi serta pemilihan pengunjung bertuah pada setiap bulan dengan menyediakan imbuhan-imbuhan yang lumayan.


          Selain daripada itu, PSS juga telah merancangkan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun seperti pelantikan pengawas, bulan membaca, minggu PSS, sambutan bulan kemerdekaan serta pameran-pameran. Beberapa aktiviti lain seperti jualan kad tanda buku, jualan tiket tayangan perdana sempena bulan kemerdekaan, serta mini ekspo diadakan untuk mengisi tahunan PSS.


          Menyedari bahawa Pusat Sumber Sekolah penting sebagai nadi pengajaran dan pembelajaran serta sebagai laluan intelektual kepada pelajar dan guru, maka pihak pengurusan akan setiasa berusaha untuk memperluaskan konsep PSS semaksima yang mungkin bagi manfaat seluruh warga SMKKJ. Oleh itu, komitmen serta kerjasama daari pihak amatlah diharapakn agar impian PSS SMKKJ menjadiPS cemerlang satu kenyataan. Insya-Allah.


MISI
  • Menyediakan bahan dan maklumat untuk pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan warga SMK Kampung Jambu.
  • Memberikan khidmat rujukan, rundingan, pinjaman dan teknologi maklumat kepada guru  dan pelajar.
  • Melahirkan warga sekolah yang cintakan ilmu dengan menanamkan sikap suka dan gemar membacs serta sikap ingin tahu.

VISI

Penjana warga SMK Kampung Jambu ke arah generasi terunggul, berkualiti dan bersahsiah 
seiring dengan teknologi semasa.





OBJEKTIF
  • Mengumpul, menyimpan dan mengedarkan pelbagai maklumat.
  • Meningkatkan mutu pelajaran dan pembelajaran.
  • Membantu guru dan pelajar melaksanakan tugas mereka dengan lebih sistematik.
  • Membolehkan bahan alatan PSS digunakan dengan maksimum untuk menghasilakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Menggalakkan tabiat belajar sendiri, membaca, ingin tahu atau bertanya di kalangan pelajar melalui penggunaan bahan di PSS.
  • Menyediakan prasaran yang kondusif untuk menggalakan sikap ingin belajar di kalangan warga sekolah.

PERANAN DAN FUNGSI
  • Sebagai pusat ilmu yang menjadi pusat akses kepada sumber maklumat dalam pelbagai format, termasuk bahan cetak, audio, visual, multimedia dan elektronik.
  • Sebagai pusat pembelajaran dengan menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk menampung keperluan pelajar yang mempunyai pelbagai minat.
  • Sebagai pusat pengajaran yang menyediakan tempat untuk guru mengajar dengan berkesan melalui kemudahan dan perkhidmatan yang ada agar pengajaran dapat dijalankan dengan lebih sempurna.
  • Sebagai pusat peningkatan profesionalisme guru khususnya menerusi cara bekerja berkumpulan dan rancangan latihan dalaman yang dijalankan dari masa ke semasa.
  • Sebagai pusat hubungan masyarakat dengan menyediakan prasarana yang aktif, positif, kreatif dan imaginatif.


PEMBAHAGIAN TUGAS PENGAWAS PSS


Tugasan Harian
  1. Merekodkan kemasukan pelajar-pelajar.
  2. Mengawasi Ketenteraman dan keteraturan PSS.
  3. Menyelenggarakan pinjaman/pemulangan buku oleh pelajar.
  4. Mengemaskini buku-buku dan kerusi selepas pelajar-pelajar meninggalkan PSS.
  5. Membersihkan PSS.
  6. Memastikan semua suis penghawa dingin, kipas dan lampu dimatikan sebelum meninggalkan PSS.
  7. Mengunci pintu PSS apabila meniggalkan PSS.
  8. Membantu pelajar-pelajar yang memerlukan perkhidmatan tertentu seperti penggunaan alatan, menggunakan katalog dan sebagainya.

Tugas Mingguan

  1. Membersihkan PSS.
  2. Merekodkan jumlah pinjaman buku.
  3. Menyusun buku mengikut sistem yang ditentukan.
  4. Mengemaskini papan kenyataan.
  5. Memproses buku baru dan membaikpulih buku yang rosak.
  6. Mempelajari sesuatu mengenai PSS dari pengawas yang lain.
  7. Perbincangan dan perlaksanaan tugas yang ditetapkan mengikut bahagian masing-masing.


PEMBAHAGIAN DAN BIDANG TUGAS.


1.   Unit Harian
       Tugas :
  • Mengawal pelajar yang keluar dan masuk di PSS.
  • Memeriksa buku-buku yang dibawa keluar oleh pelajar.
  • Menulis laporan tugasan dalam buku laporan yang disediakan.
  • Mengawal proses pinjaman dan pemulangan buku.
  • Mengutip denda pulangan lewat dan menyerahkannya kepada penyelara atau pembantu PSS.
  • Pastikan pembaharuan tarikh kad pinjaman hanya boleh dilanjutkan sekali sahaja.
  • Buku-buku yang dipulangkan perlu disimpan ke dalam rak selepas proses pinjaman dan pemulangan buku selesai.
  • Pastikan pelajar-pelajar tidak mengeluarkan buku-buku dari ruangan rujukan dan tidak membawa masuk buku dan bahan bacaan lain ke ruangan ini.

2.   Unit Kebersihan Dan Keceriaan.
       Tugas :

  • Memastikan PSS sentiasa bersih dan kemas.
  • Membantu pembantu PSS mengutip sampah dan mengelap lantai serta membuang sampah.
  • Pastikan meja dan kerusi tersusun rapi, pengawas berhak menegur pelajar lain yang melanggar peraturan PSS.

3.   Unit Pemulangan Buku.
       Tugas :
  • Mencari pelajar-pelajar yang lewat memulangkan buku dengan menyemak kad pinjaman yang terdapat didalam kotak pinjaman lewat.
  • Mengeluarkan surat amaran dan ingatan kepada pelajar berkenaan.
  • Mengenalpasti pelajar yang berpindah atau bertukar tanpa memulangkan buku dan menghantar surat peringatan.
  • Menetapkan jumlah denda seperti yang telah ditetapkan.
  • Pastikan bayaran atau ganti rugi buku yang hilang dibuat di PSS sahaja.
  • Pastikan buku yang dipulangkan sama dengan yang terdapat dalam kad ahli. Jika ada perbezaan sila jumpa penyelaras.
  • Sila beri amaran kepada pelajar yang tidak melengkapkn kad ahlinya.

4.   Unit Teknologi
       Tugas :
  • Mengelas dan menyusun buku-buku mengikut sistem pengkelasan dewey.
  • Mengecop buku-buku baru.
  • Membaik pulih buku-buku yang rosak.
  • Menjilid majalah.
  • Membalut buku-buku yang telah diproses.
  • Mengenal pasti buku-buku disusun mengikut rak yang ditetapkan.

5.   Unit Audio Visual
       Tugas :
  • Mengemas bilik tayangan.
  • Mengendali alat-alat teknologi dengan bantuan guru.
  • Memahami penggunaan alat teknologi.
  • Memastikan alat-alat teknologi dalam keadaan tersusun dan disimpan dengan baik.
  • Memastikan bahan-bahan teknologi tidak digunakan dengan sewenang-wenangnya oleh pelajar.
  • Berhak menegur pelajar yang mengusik atau mengganggu bahan teknologi.
  • Buat laporan sekiranya ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku terutamanya dalam penyalahgunaan bahan-bahan teknologi dari semasa ke semasa.

6.   Unit Maklumat.
       Tugas :
  • Mencari maklumat untuk papan kenyataan (luar dan dalam PSS).
           Sumber :
              - Akhbar
              - Majalah
              - Buku
              - Risalah
              - Jurnal 
              - dan lain-lain.
  • Melengkapkan laporan pergerakan tugasan pustakawan dalam buku yang dikhaskan.
  • Menguruskan pengeluaran sijil-sijil kepada pustakawan yang layak pada akhir tahun.
  • Mencari maklumat untuk bahan bercerita siaraya.